Saturday 7 July 2012

SEJARAH PENUBUHAN SKIM LENCANA ANTI DADAH

Pada 3 Februari 1988,surat perkeliling ikhtisas bil.3/1988 program skim lencana aniti dadah,pasukan berpakaian seragam sekolah menengah (slad) disiarkan oleh bahagian sekolah kpm.Dengan ini,sekolah ini telah memulakan program slad pada tahun 1988 sehingga sekarang.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh slad adalah lawatan sambil belajar ke pusat serenti,menghadiri ceramah,menyertai pertandingan,aktiviti seranta,penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.

Program cuma lima minit anti dadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat pekeliling ikhtisas kp(bs/hep)8543/06/(23).Perlaksanaan program 5 minit antidadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bula Mac dan Julai setiap tahun.Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran.Kemudian,pertandingan kuiz antidadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.

Pada tahun 2004,surat pekeliling ikhtisas bil.3/2004 memperkasakan pendidkan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah.Dengan ini,guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.maka pelbagai program PPDa telah telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepertiperkembangan staf,minggu antidadah,mesej jauhi dadah PPDa KBSM,ceramah antidadah,pameran antidadah,pertandingan poster antidadah,pertandingan buku skrap antidadah,pertandingan esei antidadah,kemahiran personal dan interpersonal,kaunseling PPDa,kolokium kepimpinan PPDa,seminar PPDa,program keibubapaan dan sebagainya.

Pada tahun 2007,semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah.Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.

Thursday 5 July 2012

MATLAMAT PPDa

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru,kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.

Pendididkan kesedaran dadah boleh:

A) Meningkatkan pengatahuan,kefahaman,kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah Murid supaya dapat mengelakkandiri daripada terjebak dengan dadah.

B) Membangunkan modal insan yang memeiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal,emosi,mental dan rohani.

C) Membentuk budaya sihat,tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

D) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

E) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.


CARTA ORGANISASI SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD)

PENGERUSI
AMIRUL RAMLI

NAIB PENGERUSI
SITI RABIHAH

NAIB PENGERUSI II
HAIKAL FITRI

SETIAUSAHA
AMIR AZHAR

PENOLONG SETIAUSAHA
NUR DAYANA

PENOLONG SETIAUSAHA II
NUR AFIQAH

BENDAHARI
WAHYU SALWANIE

PENOLONG BENDAHARI
ZUREERTUL EDAYU

VISI DAN MISI

-VISI

Sekolah Bebas Dadah 2012

-MISI

Melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum,kokurikulum dan pembangunan sahsiah.